Teorikognitif's Blog

Teori Pembelajaran Kognitif

Ciri-Ciri Penting Mazhab Kognitif Dan Penggunaannya Dalam Kelas.

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1993), terdapat beberapa ciri-ciri penting yang dapat dikutip daripada setiap mazhab untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Antaranya ialah :

1)    Pembelajaran merupakan satu proses mental

Melalui prinsip ini, pembelajaran adalah dianggap sebagai satu proses pemikiran. Dalam proses pembelajaran, kanak-kanak sering berfikir, menyelesaikan masalah dan menggunakan akal fikiran mereka melalui kaedah peninjauan secara terperinci. Prinsip ini menekankan kepentingan berfikir. Dalam hal ini, pembelajaran di bilik –bilik darjah harus dipergiat untuk membolehkan kanak-kanak berfikir dengan sempurna. Mereka harus disogokkan dengan pengalaman atau keadaan-keadaan tertentu untuk menghasilkan gerak balas tertentu juga. Mereka perlu diberi berfikir, menganalisis serta menilai data-data atau rangsangan-rangsangan yang diperoleh daripada dunia luar sebelum mereka mampu berinteraksi terhadapnya. Prinsip ini member perhatian berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi, ingatan, sensasi dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental.

2)    Perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat.

Prinsip ini menekankan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat. Peringkat yang lebih awal adalah lebih mustahak dan utama. Peringkat awal ini menjadi asas kepada perkembangan kognitif yang selanjutnya.

Dalam hal pembelajaran, guru harus menyedari hakikat bahawa perkembangan diri kanak-kanak sebenarnya tidak serupa. Oleh yang demikian, kanak-kanak harus dilayan mengikut keperluan psikologi mereka yang sebenar. Semua perancangan yang melibatkan aktiviti, kandungan, pemilihan bahan, strategi pengajaran dan sebagainya harus sesuai dengan perkembangan diri kanak-kanak ketika itu. Guru harus memikirkan tentang tahap kemampuan berfikir, pembinaan konsep-konsep, keperluan mewujudkan suasana konkrit daya ingatan dan sebagainya yang sebenarnya sentiasa terlibat dalam proses pembelajaran. Menurut prinsip ini, mengajarkan seseorang kanak-kanak tentang sesuatu yang belum sampai masanya akan memakan masa yang panjang daripada mengajar seseoarang kanak-kanak tentang sesuatu yang bersesuain dengan kemampuannnya. Ini bermaksud bahawa faktor kemampuan dan kematangan dalam pembelajaran adalah penting. Biasanya kanak-kanak tersebut mempunyai motivasi yang lebih tinggi untuk belajar.

Pembelajaran harus berasakan minat, umur, kecenderungan, keupayaan mental, emosi dan sosial murid. Kandungan perlu diperingkat-peringkatkan, disusunatur dan disampaikan mengikut keperluan. Keadaan ini perlu mengambil kira prinsip-prinsip pembelajaran yang lain melibatkan pergerakan daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks, daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman, daripada yang dekat kepada yang jauh, daripada yang konkrit kepada yang abstark dan sebagainya.

3)    Pembelajaran adalah satu keseluruhan.

Hal ini sebenarnya, melibatkan persepsi. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian yang menjadikannya. Ini kerana daripada keseluruhan, kita dapat melihat makna sebenar dan pertalian atau hubungan antara bahagian-bahagiannya.

Prinsip ini cuba mengetengahkan proses pengamatan dan pembinaan konsep yang bererti yang hanya dapat dilakukan melalui keseluruhan yang bermakna. Menurut prinsip ini, keseluruhan adalah penting untuk mendapatkan makna atau fungsi yang tepat. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, seandainya kita hanya berpeluang melihat bahagian-bahagiannya, dan tidak keseluruhannya maka kita tidak dapat menghasilkan satu makna yang menyeluruh. Ini akan menyebabkan pembelajaran dianggap tidak bererti dan tidak sempurna. Dalam hal ini, hukum-hukum pembelajaran yang disarankan oleh mazhab kognitif seperti Hukum Kedekatan, Hukum Keserupaan, Hukum Kesinambungan dan Hukum Tutupan adalah mustahak diberi perhatian untuk membolehkan murid-murid membina konsep-konsep secara berkesan dan menjalani pembelajaran yang lebih bermakna.

4)    Pembelajaran adalah proses cuba jaya.

Dalam kehidupan kita, sering kali kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Dalam hal ini, kita cuba menyelesaikannya melalui pelbagai cara yang kita fikirkan terbaik. Biasanya, tiada masalah yang dapat diselesaikan tanpa percubaan-percubaan mengatasinya terlebih dahulu.

Dalam hal pembelajaran, proses ini kerap berlaku dan diamalkan di bilik-bilik darjah, malah ia merupakan cara yang paling digemari oleh murid-murid. Melaluinya, murid-murid berpeluang mengetengahkan pendapat dan menggunakan idea sendiri untuk mengatasi sebarang masalah. Dalam kesukaran menyelesaikan masalah itu, tiba-tiba celik akal akan terhasil. Pengalaman-pengalaman itulah yang merupakan pembelajaran bagi mereka.

5)    Pembelajaran adalah juga satu penyiasatan.

Pembelajaran mengikut pendapat mazhab ini bukan sahaja melibatkan proses cuba jaya tetapi juga pada peringkat yang lebih tinggi melibatkan kajian-kajian, penyiasatan dan penerokaan. Dalam hal ini murid-murid biasanya meneliti, memerhati, menganalisis, membuat perbandingan, mengesan dan sebagainya.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai cara boleh digunakan untuk membolehkan penyiasatan dilakukan. Guru boleh menggunakan teknik penemuan, inkuiri, teknik menyelesaikan masalah, teknik lawatan dan sebagainya. Murid-murid boleh juga mengadakan sesi-sesi perbincangan, membentangkan laporan dan lain-lain yang difikirkan perlu. Situasi ini member mereka peluang bertukar-tukar pandangan, mengetangahkan penemuan, menilai kerja-kerja sendiri dan sebagainya.

6)    Pembelajaran mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar.

Menurut prinsip ini, semua pembelajaran harus mengambil kira pengalaman dan pengetahuan sedia ada dan kesediaan belajar murid-murid. Biasanya, pembelajaran yang bertitik tolak daripada kedua-dua elemen ini memudahkan guru-guru merancang, iaitu menyediakan bahan dan milih strategi pengajaran yang sesuai. Di samping itu, murid-murid juga berpeluang mengikuti pembelajaran yang lebih bermakna yang telah disediakan mengikut tahap kemampuan intektual dan pengalaman mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tarikh

November 2014
M T W T F S S
« Aug    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: