Teorikognitif's Blog

Teori Pembelajaran tingkah laku yang diutarakan oleh mazhab behavioris tidak dapat digunakan untuk menerangkan semua jenis pembelajaran yang berlaku dalam situasi yang berlainan. Umpamanya, walaupun kita kerap menggunakan telefon untuk menelefon kawan, kita sentiasa perlu merujuk buku panduan telefon untuk mendapatkan nombor. Sukar bagi kita untuk mengingati nombor yang kurang memberi makna dalam hidup kita. Walaubagaimanapun, kita sentiasa mengingati peristiwa yang telah kita alami suatu masa dahulu. Ini kerana peristiwa itu merupakan suatu pengalaman yang bermakna kepada kita.

Sehubungan dengan itu, mazhab kognitif (juga disebut mazhab Gestalt) menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila kita cuba mencari maksud berkaitan dengan sesuatu perkara. Gestalt adalah perkataan German yang bermaksud “bentuk, pola, konfigurasi atau keseluruhan yang tersusun”. Beberapa orang ahli psikologi pada masa awal kurun ini telah membuat kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pengamatan kita dalam pembelajaran. Oleh itu, teori pembelajaran kognitif juga dikenali sebagai teori Gestalt.

Kita menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Di samping itu, kepercayaan , harapan dan perasaan juga mempengaruhi pembelajaran kita. Dalam situasi bilik darjah murid belajar dengan memperolehi dan mengelolakan pengetahuan. Murid sentiasa mengelolakan pengalaman yang sedia ada untuk membina struktur kognitif supaya memperolehipengetahuan yang baru. Setiap kali murid belajar mereka akan mengelolakan dan menyimpan pengalaman dalam ingatan. Bahkan mereka akan menghayati maksud perkara yang baru mereka pelajari. Pengalaman yang bertindih juga dapat membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah yang mereka hadapi.

Mengikut mazhab Gestalt, manusia mempunyai struktur kognitif dan apabila seseorang belajar dia akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya. Mazhab kognitif berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola dan menyusun serta mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkannya memerhati pertalian di antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Mengikut pandangan kognitif, proses pembelajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan, penyusunan dan penggunaan pengetahuan yang dikeluarkan untuk penyelesaian masalah. Pembelajaran kognitif melibatkan dua proses mental yang disebut pengamatan dan penguasaan konsep(penanggapan)

Teori kognitif juga menganggap pembelajaran sebagai sati proses yang aktif. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalamannya untuk memperoleh maksud baru dalam pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Seseorang itu tidak belajar secara positif hanya melalui kaedah cuba ralat dalam persekitaran. Murid boleh memilih, membuat keputusan, mempraktik dan mencuba untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada sentiasa menentukan apa yang akan dipelajari, diingati atau dilupakan.

Wolfgang Kohler Wolfgang Kohler dilahirkan pada 21 Januari 1887 di Port City di Reval, Estonia, Rusia. Selepas Wofgang Kohler dilahirkan, seluruh keluarganya kembali ke Jerman. Wolfgang Kohelr ialah ahli psikologi dan ahli logik fenomena atau phenomena logist. Malah, beliau juga merupakan salah seorang pengasas Psikologi Gestalt bersama-sama dengan Max Wertheimer serta Kurt Koffka.

Wolfgang Kohler mendapat pendidikan di Tubingen Universiti dari tahun 1905 hingga 1906. Sejurus itu, beliau menyambung kembali pendidikannya di Bonn Universiti dari tahun 1906 hingga 1907 dan Berlin Universiti merupakan pendidikan terakhirnya apabila beliau menerima Doktor Falsafah atau PhD dalam bidang psikologi pada tahun 1909.

Antara sumbangan paling besar yang disumbangkan oleh Wolfgang Kohler selain daripada pengasas Psikologi Gestalt ialah, beliau dilantik sebagai Presiden American Psychological Association atau APA. Malah beliau juga merupakan seorang pensyarah di Kolej Darthmouth pada tahun 1958 hingga beliau meninggal dunia. Wolfgang Kohler meninggal dunia pada 11 Jun 1967 di Hanover, New Hampshire.

Wofgang Kohler turut berkongsi idea fikirannya dengan menghasilkan beberapa buah buku seperti The Mentality of Apes, Gestalt Psychology, The Place of Value in World of Facts, Dynamic in Psychology, Gestalt Psychology Today dan The Task of Gestalt Psychology.

Sumber ini adalah didapati daripada laman sesawang  www.worldofbiography.com/9140-Kohler/

Tarikh

August 2016
M T W T F S S
« Aug    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.